Jom kongsi sedikit sejarah ringkas mengenai duit..sebab asyik guna duit,pakai duit,cari duit,buat duit apa salahnya kalau kita tahu serba sedikit mengenai duit..
Tahukah Anda..
Duit atau kata dasarnya juga dikenali sebagai wang merujuk kepad sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang atau hutang semasa.Dalam kegunaan harian.. wang dirujuk sebagai mata wang sama ada wang kertas atau syiling yang berada dalam lingkugan edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti Dollar atau Ringgit dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun semas, akaun simpanan atau simpanan deposit dan sijil deposit (bon). Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang,sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang...dan mestilah mendapat persetujuan kedua-dua pihak bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku.Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
Sejarah ringkas Duit..
Perkembangan Duit atau wang bermula daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau kulit kerang dan bertukar beransur-ansur kepada wang kertas,atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem perbankan yang kompleks dan bersifat global.Wang emas dan perak merupakan (duit) atau wang komoditi antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit syiling emasmempunyai nilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun berlakunya inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran,dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai.Wang fiat adalah wang zaman moden yang direka oleh pihak berkuasa (kerajaan) atau pusat dan tidak mempunyai atau tidak mementingkan nilai intrinsik. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat berlaku kerana kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah sebagai tender di sisi undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Perkembangan wang fiat berlaku apabila kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat contohnya Dolar Amerika.. dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi contohnya, franc Switzerland.
Itu jelah penerangan ringkas serba sedikit mengenai duit atau wang...
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment