Cari Duit Dengan Kongsi File Cara Pay Per Download


Bagaimana buat duit dengan cara berkongsi file (file sharing)? Bagaimana buat duit dengan Pay Per Download? Buat duit dengan Rapidshare? Dengan Ziddu?
Secara ringkasnya anda cuma: Upload file ke website file sharing hosting yang memberi komisen jika file tersebut dimuat turun. Hebahkan link untuk download file tersebut di forum, blog, Twitter dan lain-lain website. Bila ramai orang download anda akan dibayar oleh pihak file hosting tersebut.
Anda perlu ada file yang boleh menarik orang untuk download. File tersebut boleh dalam bentuk apa pun samada video, audio, ebook, software dan sebagainya. Elok kompresskan file-file tersebut dalam bentuk zip atau rar dan sebagainya supaya bersaiz lebih kecil.
Terdapat banyak contoh-contoh website, blog dan forum dimana link-link untuk download file di promosikan dengana hebat. Blog-blog yang dibuat semata-mata membuat promosi download link juga banyak . Namun. kebanyakannya adalah untuk download bahan-bahan cetak rompak dan dilarang untuk dikongsi seperti video cerita wayang, ebook, software cetak rompak, ebook dsb.
Potensi buat duit.
Biasanya bayarannya amat kecil untuk setiap jumlah download. Anda perlu merekodkan beribu-ribu download untuk mendapat bayaran. Sebagai contoh Easy-share.com memberi komisen sehingga USD $20 untuk 1,000 download dari negeri US dan Britain. Lain-lain website file sharing memberi komisyen yang berbeza. 

Pembayaran komisyen  biasa di buat melalui Paypal.com, wire transfer atau cek bergantung kepada file hosting.

Anda perlu mencari file hosting yang sesuai untuk mendaftar:
1. Website file hosting tersebut membayar untuk download, bukan semua file hosting berbuat begitu. Ada juga yang hanya memberi point dan ia hanya boleh digunakan untuk membuka akaun premium baru. Contohnya  Rapidshare.com hanya memberikan point yang apabila terkumpul pada jumlah tertentu boleh ditebus untuk mebuka akaun baru. Baaimanapun anda boleh menjual akaun-akaun baru tersebut.

2. Ada website file hosting in memerlukan anda mempunyai akaun premium dengan mereka untuk komisen download. Ini melibatkan kos tambahan.

3.  Apakah sasaran negara anda. Jika pasaran anda tidak bersifat global, anda perlu menyemak info di website file hosting tersebut samaada diambil kiira download yang datang dari negara tertentu. Sebahagian besar tidak memberi apa-apa bayaran atau dalam bentuk point untuk download yang datang dari negara Malaysia. Sebagain contoh megaupload,com tidak memgambilkira download yang datang dari Malaysia.
Kriteria-kriteria pemilihan file hosting site Sebagai info saya mengambil beberapa file hosting site sebagai contoh:

megaupload


Megaupload.com
1. Perlu menjadi ahli premium. Anda boleh menjadi ahli percuma dahulu dan boleh mengutip point  Anda boleh tukarkan point untuk menjadi ahli premium dan point selebihnya boleh diambil dalam bentuk tunai.
2. File besaiz lebih dari 100MB tidak layak untuk diambilkira.
3. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira (Malaysia tiada dalam senarai).
4. Komisen : 1 point untuk setiap 1 download. Point boleh ditukar:
10000 points  untuk sebulan keahlian premium
50000 points untuk 6 bulan keahlian premium
100000 points untuk 1 tahun keahlian premium  + USD $100
500000 points untuk keahlian platimum seumur hidup + USD $500
1000000 reward points: USD $1500
5000000 reward points: USD $10000

sharecash





Sharecash.org
Sharecash.com adalah salah website file hosting yang memberikan kadar komisen yang tinngi berbanding dengan lain-lain. Ini mungkin kerana terdapat unsur 'paksaan' untuk mereka yang ingin download file dari sharecash.  Mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugas (CPA) dahulu seperti mengisi borang survey sebelum boleh download. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza mengikut apakah  perkara (CPA) ynag perlu dibuat sebelum download.
1.Tidak perlu menjadi ahli premium.
2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (malaysia tiada dalam senarai)
3. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza bergantung kepada apakah   perkara (CPA - isi borang survey, selesaikan kuiz dll) yang perlu dibuat sebelum download.
4. Perlu file yang amat diingini pelawat untuk download, kalau tidak mereka tidak akan menyelesaikan survey, kuiz atau membuat langganan dahulu untuk membuat download.


Easy-share.com
1.Tidak perlu menjadi ahli premium.
2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (Malaysia tiada dalam senarai)
3.`Sehingga USD $20 untuk setiap 1000 downloads dari  US dan Britain. Sehinnga USD`$10 untuk 1000 downloads dari negara: Italy, Switzerland, United Arab Emirates, Norway, Bahrain, Austria.
 

Ziddu.com 
1. Tidak perlu menjadi ahli premium
2. Dahulunya download dari negara tertentu shaja diambilkira, tapi sekarang semua download diambilkira.
3. Komisyen:
10000 Unique Downloads: $10
50000 Unique Downloads: $50
100000 Unique Downloads: $100 USD
500000 Unique Downloads: $500 USD
1000000 Unique Downloads: $1000 USD
Berdasarkan kepada di atas, Ziddu.com adalah pilihan yang menepati kriteria-kriteria tersebut.

Berikut adalah antara file hosting Pay Per Download yang anda boleh sertai tanpa perlu menjadi ahli berbayar premium.
Terdapat banyak lagi file hosting site lain yang anda boleh cari di internet.
Perkara-perkara perlu dipertimbangkan:
1. Mencari file-file yang diminati ramai untuk download.
2. Kelajuan internet untuk upload file jika fail bersaiz besar.
Untuk upload fail yang besar ke file hosting di internet boleh mengambil masa yang besar terutamanya jika internet anda slow.
3. Perlukan promosi yang aktif. Mungkin melalui website, blog, forum, networking, bookmarking sites atau email.
4. Blog atau tempat yang anda promosikan link perlu menyasarkan pelawat global dan bukan terhad kepada pelawat dari Malaysia sahaja.

Anda tidak perlu mempunyai website atau blog sendiri untuk mencari duit dengan cara berkongsi file ini. Walaupun cara ini adalah cara yang 'halal' tetapi apa yang saya tahu kebanyakkannya adalah mengkongsi file yang dilarang. Anda sendiri pun mungkin sudah banyak berjumpa dengan blog dan forum yang sedemikian. Dengan itu ambilah info disini sebagai pengetahuan. Bagaimana pun terdapat banyak file-file yang dibolehkan untuk dikongsi seperti open source software, perisian percuma, grafik percuma, video klip dan sebagainya yang anda boleh cari di internet.untuk dikongsikan.
Lagi tentangCari Duit Dengan Kongsi File Cara Pay Per Download

Cara Buat Duit Dengan Klik !


Assalamulaikum...
Siapa yang tak pernah dengan pasal portal pengiklanan Churp-churp? Mustahil lah tidak kenal. Sepanjang aku blogwalking, hampir 90.9% blog yang aku tinggalkan jejak pasti terpampang iklan dari Churp Churp Advertising. Jadi, macam mana dengan income dari program Churp-Churp anda? Masyuk? Harap-harap masyuk lah kan.

Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir lagi yang tidak mengetahui tentang iklan Churp Churp ini, apatah lagi untuk menjana duit dengan program pengiklanan ini.Jadi, kepada mereka yang masih belum tahu cara untuk buat duit dengan klik Churp Churp 2011, korang boleh baca sampai habis entri ini sebab aku akan menunjukkan cara-caranya.Tutorial ini aku tulis beserta gambar untuk memudahkan pemahamam korang.

Churp churp adalah salah satu anak syarikat portal pengiklanan Asian yang terkenal iaitu Nuffnang dan setiap klik dari link Churp Churp diatas nama kita akan mendapat RM0.20, manakali pada setiap hari Rabu komisen akan berganda menjadi RM0.40 bagi setiap klik.

Selanjutnya : Menang HTC dari Maxis

1. Langkah pertama, korang harus bukak websites Churp Churp dengan klik disini.

cara buat duit dengan churpchurp,cara daftar churp churp,buat duit dengan PTC,buat duit dengan churp churp,cara buat duit dengan blog,cara buat duit tanpa modal,cara buat duit online,buat duit dengan Nuffnang,cara jana duit degan Nuffnang,rahsia menjadi jutawan,rahsia Nuffnang dan Churpchurp,duit mudah dari churpchurp
Klik untuk paparan jelas

2. Login Churp Churp menggunakan akaun Facebook ataupun Twitter anda.Pilih salah satu.

cara buat duit dengan churpchurp,cara daftar churp churp,buat duit dengan PTC,buat duit dengan churp churp,cara buat duit dengan blog,cara buat duit tanpa modal,cara buat duit online,buat duit dengan Nuffnang,cara jana duit degan Nuffnang,rahsia menjadi jutawan,rahsia Nuffnang dan Churpchurp,duit mudah dari churpchurp
Klik untuk paparan jelas

3. Apabila sudah selesai.Paparan seperti dibawah akan keluar.Ini adalah dashboard akaun Churp Churp anda.Kawasan petak merah tersebut ialah earning yang telah aku kumpul buat masa ini.

4.Link kan akaun Facebook dan Twitter anda dengan akaun Churp Churp untuk memudahkan proses Auto Sharing nanti.

cara buat duit dengan churpchurp,cara daftar churp churp,buat duit dengan PTC,buat duit dengan churp churp,cara buat duit dengan blog,cara buat duit tanpa modal,cara buat duit online,buat duit dengan Nuffnang,cara jana duit degan Nuffnang,rahsia menjadi jutawan,rahsia Nuffnang dan Churpchurp,duit mudah dari churpchurp
Klik untuk paparan jelas

5. Dibahagian "Dashboard" akan ada beberapa paparan iklan yang boleh anda kongsi untuk mula menjana wang dengan Churp Churp. Scroll sehingga kebawah untuk melihat semua iklan-iklan yang boleh anda share. Disarankan untuk anda share iklan yang bertulis "RM0.20 - RM0.40 per unique click". Setelah berpuas hati, sila klik "share".

cara buat duit dengan churpchurp,cara daftar churp churp,buat duit dengan PTC,buat duit dengan churp churp,cara buat duit dengan blog,cara buat duit tanpa modal,cara buat duit online,buat duit dengan Nuffnang,cara jana duit degan Nuffnang,rahsia menjadi jutawan,rahsia Nuffnang dan Churpchurp,duit mudah dari churpchurp
Klik untuk paparan jelas


cara buat duit dengan churpchurp,cara daftar churp churp,buat duit dengan PTC,buat duit dengan churp churp,cara buat duit dengan blog,cara buat duit tanpa modal,cara buat duit online,buat duit dengan Nuffnang,cara jana duit degan Nuffnang,rahsia menjadi jutawan,rahsia Nuffnang dan Churpchurp,duit mudah dari churpchurp
Klik untuk paparan jelas


6. Klik dan "copy" link seperti dibawah untuk dikongsikan di wall Facebook atau Twitter anda. Link tersebut juga boleh di emailkan kepada rakan-rakan anda.Tapi awas! Jangan SPAM atau anda akan menerima padahnya.

cara buat duit dengan churpchurp,cara daftar churp churp,buat duit dengan PTC,buat duit dengan churp churp,cara buat duit dengan blog,cara buat duit tanpa modal,cara buat duit online,buat duit dengan Nuffnang,cara jana duit degan Nuffnang,rahsia menjadi jutawan,rahsia Nuffnang dan Churpchurp,duit mudah dari churpchurp
Klik untuk paparan jelas


7. Sekiranya anda terlalu malas untuk mempromosi. Anda boleh fungsi Auto Sharing yang disediakan oleh Churp Churp.Anda hanya perlu tanda pada option yang sesuai dan kemudian klik butang "Save". Setelah itu anda hanya perlu cari lebih rama follower ataupun kawan di Facebook untuk mendapatkan viewers yang ramai.


panas,iklan What's your Beetle story?


cara buat duit dengan churpchurp,cara daftar churp churp,buat duit dengan PTC,buat duit dengan churp churp,cara buat duit dengan blog,cara buat duit tanpa modal,cara buat duit online,buat duit dengan Nuffnang,cara jana duit degan Nuffnang,rahsia menjadi jutawan,rahsia Nuffnang dan Churpchurp,duit mudah dari churpchurp
Klik untuk paparan jelas

8. Selesai sudah tutorial menjana duit dari aku. Walaubagaimanapun masih terdapat cara untuk menjana duit dengan Churp Churp yang korang harus tahu.Bayaran yang akan kita terima juga agak lumayan.Aku akan kongsikan tekniknya itu di entri seterusnya.

Sekiranya ada yang korang tidak faham atau was-was,boleh tinggalkan komentar dibawah ataupun dengan membaca FAQ Churp Churp dan juga Do's and Dont's disidebar websites Churp Churp.


P/S : Gambar menggunakan Bahasa Inggeris. Harap korang faham lah ye.
Lagi tentangCara Buat Duit Dengan Klik !

Infinity Downline Skim Penipuan


Infinity Downline Skim Penipuan

INFINITY DOWNLINE ialah Skim Penipuan baru yang kian meluas di alam maya pada ketika ini. Kaedah penipuan dalam Infinity Downline ini amatlah jelas dan tidak dapat diterima sama sekali. Tetapi malangnya, MASIH ramai pengguna internet yang terpedaya dengan Infinity Downline Skim Penipuan ini.

Infinity Downline Skim Penipuan | Secara ringkasnya, skim yang dinamakan Infinity Downline ini adalah program buat duit dengan segera melalui internet. Ini adalah mengikut apa yang dinyatakan oleh ahli kumpulan ID (infinity downline) sendiri. Mereka mengajak orang untuk mendapatkan RM100 hanya dengan "login facebook" sahaja. Kedengaran amat mudah kan?


SKIM PENIPUAN INFINITY DOWNLINE

Pernahkah kita semua terfikir, bagaimana seseorang itu dapat duit yang sangat banyak (RM100) hanya dengan korek hidung sahaja? Daripada akal pemikiran manusia yang normal dan mampu berfikir, sudah pasti kita semua sedar bahawa sistem yang diperkenalkan oleh mereka ini sangat mengarut sahaja.

Dan kalau benarlah apa yang diperkatakan oleh geng-geng ID ni, boleh dapat RM100 hanya dengan Login Facebook... kenapa mereka masih lagi berusaha separuh mati untuk mengajak orang lain menyertainya? Berkongsi rezeki? Puihh, nampak mereka selalu jugak makan megi time berbuka..

Kalau betul lah ID ni, sudah pasti ada lebih daripada 10 ahli geng ID yang menjadi jutawan kat Malaysia ni. Tapi ada ke? Sepatutnya mereka dah lama jadi jutawan, bukannya susah pun kan.. kalau sekali login dapat RM100, sehari buatlah 100 kali... login facebook, logout semula dan kemudian login balik. Ulang-ulang sahaja sampai dapat lebih RM5,000 sehari. Senang je kan?

Alasan mahu berkongsi rezeki sangat bodoh, sebabnya kalau mereka mahu berkongsi kenapa perlu mereka meminta yuran RM100 kepada sesiapa yang mahu menjadi ahli baru? Kenapa? Bukankah lebih mudah kalau mereka login saja Facebook dua kali, dah dapat RM200.. lebih menguntungkan dan mudah, daripada nak pujuk orang keluarkan RM100 dan bagi kat diorang. Pftt, sangat tak masuk akal.

Malas nak cerita panjang lebar lagi, cuma aku kat sini mahu tekankan kepada semua pembaca yang masih mampu berfikir dengan waras, cubalah fikirkan sedalam-dalamnya mengenai ID ni. Jangan biarkan diri korang, atau saudara mara, mahupun kenalan korang yang menjadi mangsa Infinity Downline Skim Penipuan ni. Selamatkan lah mereka...

Kepada ahli geng ID yang ada, sudah-sudah lah... hentikan menipu bangsa sendiri untuk memenuhkan perut korang tu. Masih belum terlambat untuk korang memohon ampun dan taubat, lebih-lebih lagi dalam bulan ramadan yang penuh keberkatan ini. Berhentilah memperbodohkan pengguna internet sebabnya rakyat Malaysia sekarang ni bijak-bijak belaka. Mereka bukanlah bodoh macam yang korang semua fikirkan.. Sekian, terima kasih. Salam 1 Infinity Downline, LOL :p

Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal :)

Sumber http://www.azri.my/2012/08/infinity-downline-skim-penipuan.html
Lagi tentangInfinity Downline Skim Penipuan

RM24,574 Sebulan Walaupun Tak Pandai Menaja




Hari ni aku merasa terpanggil untuk berkongsi satu scam yang masuk dalam Inbox email aku... Seriously memang mencurigakan, jangan harap la nak suruh aku join, baik aku fokus dengan blog sendiri lagi best kot. Betul tak? Ni dia email yang aku dapat tu, tak edit langsung k..


_________________________________________

Salam Sejahtera, 

Sejak akhir-akhir ini makin ramai orang tercari-cari info tentang perniagaan stiforp ini. Tapi, apalah salahnya kita mencuba sesuatu "konsep" yang baru, dan tercanggih untuk memberikan pulangan kepada kita. 

SCAM ke, stiforp nih? kalau scam, kenapa company masih bayar bonus? dan masih mengupgrade sistem tools. Dan terbaru, sistem Personal Video akan dilancarkan :) Walaupun sistem semakin ditambah, harga yuran tetap sama.. 

Peluang "kemudahan" yang power membuatkan ramai jatuh cinta untuk berbisnes cara stiforP:


1) MUDAH UNTUK JOIN.

Untuk sertai stiforp kita perlu ada kad debit atau kad kredit. Kalau takde pun, ada tak kad Maybank gambar ceri yg ada logo visa tu? ianya pun boleh pakai. Kalau takde pun, boleh pg mana-mana easyRHB (slalu ada kat tesco) dan apply je kad debit. Dalam 15 minit siap. ATAU, boleh je bayar cash kepada kami...

2) CARA TERIMA BONUS.

Nak terima bonus pun senang. ada 4 cara. Iaitu dengan KAD DEBIT PAYONEER dan TUKARAN TUNAI. Kami lebih suka dengan cara kad payoneer dimana, kad debit mastercad akan di pos ke rumah anda dlm masa 3 minggu, dan bila dh dpt, boleh cucuk mana2 ATM, dan keluarkan tunai :) Mereka yg black list pun boleh terima tunai, tanpa melalui

3) KELAYAKAN BONUS MUDAH

Mula-mula join jer dh layak USD4 sbb limpahan network Powerline 1 kaki. Dan, bila dpt limpahan 2 kaki pula, anda layak USD0.25 setiap orang, setiap bulan! bayangkan jika beratus & beribu limpahan selepas 6 bulan anda sertai? pasif income tuu... walau pun anda tidak MENAJA!!

4) MODAL TERLALU RENDAH

Jika nak dibandingkan dengan bisnes lain, inilah bisnes yg agak rendah dan takde pun nak keluarkan beribu2 ringgit. Dan maintain bulanan juga takde la sampai beratus!

Pakej 1 : Upgred RM160 (USD49) dan bulanan RM32 (USD9) -

Pakej 2 : Upgred RM480 (USD150), bulanan TAK PAYAH! - terus layak 3 star rank.

5) MASA YANG SESUAI

Bisnes yg BARU di Malaysia, dan paling best anda adalah yang terawal. Apa yg lagi best, lebih 90 negera boleh sertai.

6) TAK PERLU TINGGALKAN BUSSINESS SEDIA ADA ANDA

Jika anda sudah ada bisnes, MLM ker, insusran ke, jual emas ke, tudung ke.. apa sajalah, dan anda nk dapat customer online, sistem STIFORP lah jawapannya! Pakai sistem stiforp, masalah IT anda selesai. Semua tools perniagaan online diberikan & sentiasa ditambah.

Takde bisnes? takpe, boleh fokus 100% dalam biz ni.

So, jangan buang masa anda untuk tonton dan lihat saja lama-lama. Ianya bakal jadi fenomena di Malaysia kelak.

JIKA BELUM DAFTAR, SILA DAFTAR DI http://stiforp.asia/esham90

Jom UPGRED:

1. Login http://stiforp.com/login
2. Masukkan email di bhgn Pre Enrolless
3. Lps login, klik "JOIN".
4. Masukkan butiran, pilih pakej anda.

# Anda disarankan ambil Pek 2 utk jimat 20%, dan kelayakan bonus sehingga 14 level. Berbeza pek 1 hanya 12 level saja.

_________________________________________
Malas betul aku nak percaya benda alah ni. Lagipun aku perasan ramai gila orang share a.k.a SPAM benda alah Stiforp ni kat Facebook tu... kalau aku join, sure kena buat camtu jugak.. perghhh, tak nak ahhh.. baik aku update blog ni dengan info-info yang ada, dapat jugak sikit habuan daripada Innity tu..

Korang pulak macam mana? Percaya atau tidak dengan Stiforp ni?

Lagi tentangRM24,574 Sebulan Walaupun Tak Pandai Menaja

Kaedah-Kaedah Pembuka Pintu Rezeki


Note : Post ini hanya sesuai untuk mereka yang beragama Islam sahaja.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini begitu banyak sekali rezeki yang kita perolehi hasil pemberian tuhan yang maha Esa…Sama ada anda rasa ia cukup atau tidak, ia bergantung kepada tahap kesyukuran, usaha dan cara bagaimana seseorang itu membelanjakan hartanya…Ini kerana rezeki tidak akan jatuh bergolek jika tiada usaha yang sewajarnya…Baiklah, pada post kali ini, saya ingin kongsikan 15 kaedah pembuka pintu rezeki yang saya dapat daripada idola saya iaitu Yang Berbahagia Dato Fadhilah Kamsah…Berikut adalah kaedah- keadah yang saya maksudkan :

1) Patuh suruhan Allah S.W.T
Di dalam kita sibuk mencari rezeki setiap hari, jangan sampai kita meninggalkan suruhan Allah S.W.T seperti sembahyang, baca Al-Quran, berdoa dan sebagainya…Ingatlah bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T…Al-Quran pula adalah raja segala ilmu dan doa pula adalah senjata terhebat umat islam…Begitu juga dengan lain-lain amalan…Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.. Klik salah satu daripada link berikut jika anda tidak pernah melaburkan wang anda untuk membeli Al-Quran :

—> My Qalam
—> Baca Quran 2 U

2) Cari keberkatan dalam perniagaan.
Ramai di kalangan usahawan offline mahupun online mengabaikan perkara tersebut…Kalau usahawan offline, mereka seringkali terlibat dengan rasuah, penipuan dan sebagainya…Begitu juga dengan usahawan online..Usahawan online seringkali menipu pengunjung website atau subscriber mereka dengan ayat-ayat menggoda dengan harapan jualan akan terhasil…Tidak kurang juga yang membuat spamming di sana sini… :-) Selain mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik, kita juga digalakkan bersedekah untuk menambah keberkatan perniagaan kita…Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja, bahkan tenaga, idea dan lain-lain lagi yang boleh membantu mereka yang memerlukannya…Ingat, senyum juga salah satu daripada bentuk sedekah… :lol:

3) Doakan kedua orang tua kita.
Nabi pernah berpesan yang maksudnya lebih kurang berbunyi bergini ” Anak-anak yang tak doakan kedua ibu bapanya akan tertutup pintu rezeki”…Ingatlah dari mana asal kita…Jangan kerana dek kemewahan, kita lupakan jasa kedua orang tua yang menjaga dan mendidik kita sehingga berjaya seperti hari ini.

4) Solat taubat & istigfar selalu.
Orang yang banyak bertaubat dan beristigfar akan bersih daripada dosa…Dengan gugurnya dosa-dosa tersebut, insyaAllah pintu rezeki akan terbuka.

5) Solat Israq & Duha setiap hati.
Amalan solat sunat Israq & Duha juga insyaAllah boleh menggamit rezeki daripada Allah Yang Esa.

6) Baca Ayat 1000 Dinar.
Amalkan membaca ayat 1000 dinar 3 kali setiap kali lepas solat…Juga ketika mula buat kerja dan habis buat kerja…Jika ada kedai/kilang/dll, baca ayat ini ketika masuk & keluar premis perniagaan tersebut.

7) Banyakkan sedekah dengan ikhlas.
Sedekah yang ikhlas adalah sedekah yang diberikan hanya dengan tujuan untuk membantu kerana Allah…Jika sedekah sambil tersengih di depan kamera hanya kerana untuk menunjuk-nunjuk, itu
bukanlah sedekah yang ikhlas.

8) Bantu anak-anak yatim & usaha-usaha Fisabilillah.
Membantu anak yatim & usaha-usaha Fisabillah juga merupakan amalan-amalan yang boleh memurahkan & memuaikan rezeki yang anda perolehi.

9) Beri binatang makan.
Beri binatang makan adalah amalan yang mulia…Tetapi jangan sampai anda menyiksa binatang seperti membela burung di dalam sangkar dan sebagainya.

10) Sentiasa maafkan orang, minta maaf dan baik sangka.
Orang yang sentiasa maafkan orang, meminta maaf dan baik sangka akan sentiasa mempunyai hati yang tenang…Hati yang tenang pula mampu merangsang otak untuk berfikir dengan lebih cemerlang.

11) Tunaikan haji & umrah.
Tunaikan haji & umrah mampu membuka pintu rezeki menurut pandangan ulama…Sebenarnya ada ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hal ini…Anda boleh cari di dalam Al-Quran.

12) Bantu orang yang lemah, sakit, cacat, ibu tunggal dan sebagainya.
Apabila kita banyak membantu orang yang memerlukan bantuan, insyaAllah Allah S.W.T akan membantu kita untuk mendapatkan rezeki…What u give, u get back!

13) Sambung Silaturrahim.
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyambung silaturrahim seperti bermaaf-maafan dengan kawan-kawan lama, cari kawan-kawan baru dan sebagainya…Dengan ini, rangkaian anda makin besar dan insyaAllah pintu rezeki anda juga akan makin meluas.

14) Melabur di jalan Allah S.W.T.
Melabur di jalan Allah adalah merupakan suatu bentuk pelaburan yang terbaik sekali..Contohnya seperti anda membina masjid, sekolah, rumah untuk anak yatim dan sebagainya…Selagimana ada orang yang menggunakan “pelaburan” anda, selagi itulah anda akan terus menerus mendapat pahala.

15) Banyakkan membaca surah Al-Waki’ah
“Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (HR. Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman).
Lagi tentangKaedah-Kaedah Pembuka Pintu Rezeki